Ahad, 5 Disember 2010

SARAPAN BERSAMA GURU BESAR











Kemenangan di Medaniaga Bistari 2010 pada 15 dan 16 Oktober 2010 telah diraikan bersama-sama Guru Besar SK Masai , Puan Kalsom binti Saleh dengan menikmati juadah sarapan pagi.Puan Kalsom binti Saleh telah berbesar hati menjamu team didik bistari 2010 dengan sarapan yang begitu lazat di kantin Sekolah.Terima kasih Puan.Jasamu dikenang selalu.

Rabu, 1 Disember 2010

Tahniah Team Didik Bistari SK Masai

Tahniah buat barisan tenaga kerja Kelab Didik Bistari SK Masai yang telah dianggotai oleh (barisan depan dari kiri ) Pn.Nor Faizah binti Mansur , Pn.Khaliza binti A.Wahid , Pn.Raihan binti Hasmi , Cik Suharty binti Alby (berdiri dari kiri ) Mohd Aidiel Iman bin Md.Noh , Mohd Yazried , Nurul Filzati binti Mohd Rozuki , Nor Akilah binti Mohd Sani ,Puteri Novelia , Luqman Hakim dan Nurul Balqis .
Kejayaan dikecapi sepanjang tahun 2010 merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh semua tenaga kerja Kelab Didik SK Masai.Segala rintangan dan halangan yang hadir dapat diatasi dengan begitu cemerlang.Benarlah kata pepatah 'Berakit-rakit ke hulu ,berenang -renang ke tepian , bersakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian.
Kejayaan demi kejayaan diperolehi memberi keyakinan kuat kepada semua ahli kelab , walaupun kita berada di sekolah yang tidak sehebat seperti sekolah bandar namun berkat kesungguhan dan kerjasama yang utuh antara satu sama lain telah menghasilkan satu impak dan transformasi untuk Sekolah Kebangsaan Masai.

KURSUS ORIENTASI DIDIK BISTARI DAERAH PASIR GUDANG

Pada 24 Februari 2010 ,bertempat di Tiram Indah Village, Pasir Gudang ,Pihak Young Bistari Enterpreneur telah menganjurkan Kursus Orientasi Didik Bistari peringkat Pasir Gudang untuk memberi pendedahan awal tentang didik bistari kepada murid-murid yang terlibat dengan kelab ini .Dengan pelbagai input yang telah diberi oleh pihak Johor Corporation dapat dimanfaat oleh guru dan murid di sekolah masing-masing.

PERTANDINGAN CATUR BISTARI 2010 SEMPENA MEDANIAGA BISTARI 2010


Pada 15 dan 16 Oktober 2010, Kelab Didik Bistari SK Masai telah menghantar 2 kumpulan ke Pertandingan Catur Bistari peringkat Negeri Johor Sempena Medaniaga Bistari 2010 bertempat di ruang legar Plaza Kota Raya, Johor Bahru.Kami telah berjaya mendapat tempat ketiga.Tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang ini.....